6/15/09

✖Saye idaman anda? >.<✖


Adakah anda mempunyai ciri2 lelaki idaman wanita zaman kini..??? Hah.. Pekabar sme? ini soklan aku dapat dari tenet.. ku tgk cam besh.. So aku mau share yea.. Enjoy~

1. Percaya Diri
Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton, maka teruskan bermain badminton dan juga cuba bermain bola sepak. Secara tidak langsung bakat dan kemahiran yang dimiliki akan menjadi lebih baik.
Berdiri tegak ketika bercakap. Anda juga boleh melakukan senaman di bahagian belakang. Tetapi cara terbaik untuk membuatkan anda yakin pada diri sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang. Si dia juga akan memberi tindak balas yang lebih baik.


2. Lelaki Lucu
Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Anda dinasihatkan agar tidak bersama teman wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih berduka. Paling tidak, cuba mengingati filem atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu menceritakan kepadanya agar si dia kembali tersenyum. Pujukan dengan cara ini lebih menikamkalbu daripada memaksakan diri mewujudkan suasana ceria. Anda boleh mencari idea agar si dia dapat melupakan krisis yang dihadapinya. Di samping itu anda juga boleh membantunya menyelesaikan kekusutan yang melanda jiwanya.

3. Romantik
Wanita sebenarnya menginginkan lelaki yang romantik. Dan harus diingat romantik bukan bermakna gatal atau miang. Lelaki yang romantik ialah pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata(bukan pembelit). Sikap yang mengambil berat tentang diri mereka dan penyayang menjadi salah satu aspek yang sering diberi perhatian oleh wanita. Biarpun mereka kelihatan rugged atau agresif tetapi dalam hal pemilihan teman lelaki kebanyakannya mahukan yang romantik.

4. Lelaki Bijak
Wanita sering bermimpikan lelaki yang bijak pandai. Untuk kecergasan, selalulah bersenam kerana ini akan menambahkan jumlah oksigen ke dalam otak. Fikiran menjadi lapang dan otak mudah menerima ilmu atau perkara baru. Wanita gemarkan lelaki yang bijak mengaturkan segala hal dan rajin membaca. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi anda boleh mencubanya.Lelaki yang memakai cermin mata menampakan anda seorang yang intelek. Selain kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang kelihatan intelek.

5. Suka Kanak-Kanak
Wanita menganggap seorang lelaki bijak adalah berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang.

6. Bijak Berdandan
Lelaki juga hendaklah bijak merawat atau memanjakan tubuh. Selain pakaian yang sesuai dan kemas, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Selain itu, KUKU&RAMBUT hendaklah dipotong rapi dan bersih dan juga muka haruslah nampak segar dan bersih(sedap mata memandang)

7. Mempunyai Pekerjaan Tetap Yang Menjaminkan
Lelaki yang mempunyai pekerjaan tetap secara tidak lansung akan membuka mata wanita yang anda ini Mempunyai masa hadapan yang menjaminkan.wanita cukup menitik berat kan hal ini.jika anda mempunyai pekerjaan tetap sudah tentu anda mempunyai kenderaan..ini penting bukan apa..anda dan pasangan juga akan selesa membolehkan anda menjemput dn membawa pasangan anda keluar dating..kan lebih gentle..tak gitu..hehe

8. Ringan Tangan dan Pandai ke Dapur
Ye saya tahu semua org pun ke dapur.maksud pandai kedapur bukan lah..anda ke dapur dan lihat sahaja..pandai kedapur membuka ciri-ciri lelaki yang diidamkan wanita zaman sekarang.Wahai Kaum Adam..bantulah pasangan mu jika anda sudah berumah tangga.ringan kan lah tangan mu tuk membasuh pingan,menyidai kain atau membantu mereka memasak tidak ada istilah jatuh saham jika lelaki membantu..jadi sebelum ingin mendirikan rumah tangga.belajar lah dari sekarang YE..sama-samalah membantu.

0 comments:

 

Design by hevOli | Nothing can bring PEACE but YOURSELF. Love, EnooN